Bodoh atau Genius?

Bodoh atau Genius?

Seorang kanak-kanak yang dikatakan bodoh pulang daripada sekolah dengan membawa nota yang dikirimkan oleh gurunya. Apabila ibunya membaca nota tersebut, tertera… “Anak puan tidak mampu belajar seperti kanak-kanak lain. Mohon puan mencari sekolah yang sesuai untuknya”.

Si ibu merasa sedih dan kecewa dengan kandungan nota tersebut, namun keteguhan kasih sayang ibu membuatkannya bertekad untuk didik kanak-kanak tersebut dirumah.

Atas kegigihan si ibu, maka kanak-kanak itu menjadi seorang dewasa yang berjaya. Dia ialah Thomas Alva Edison, seorang pencipta, sainstis dan usahawan yang banyak mereka cipta peralatan yang banyak mempengaruhi kehidupan manusia seperti ciptaan mentol lampu.

Ramai tidak mengetahui dan mengenali Nancy Mattews berbanding nama Thomas Edison seorang pencipta yang paling berpengaruh dalam sejarah. Thomas Alva Edison memegang 1,093 paten di Amerika. Siapa yang tahu bahawa kanak-kanak yang bodoh sehingga diminta keluar daripada sekolah adalah seorang yang genius? Jawapanya ialah ibunya.

Ya, Nancy Edison, ibu Thomas Alva Edison yang tidak berputus asa dengan pandangan pihak sekolah terhadap anaknya. Nancy membuat keputusan untuk mengajar sendiri dirumah dan menjadi guru peribadi Edison. Nancy yang memulihkan kepercayaan diri dan Edison sendiri mengakui bahawa ibunyalah yang banyak mempengaruhi nya dan membina keyakinannya menjadi dirinya seorang yang berjaya.

----

Tidak ada komentar:

Posting Komentar