Keadaan berdua atau empat mata merupakan keadaan yang istimewa. Banyak dari ilmu yang sampai ke kita, didapat dari keadaan berduaan begini. Biasanya keadaan yang begini akan menciptakan situasi yang spesifik. Tak jarang membuahkan hasil yang luar biasa. Kita bisa tengok beberapa hadist yang diriwayatkan secara individu (ahad) menceritakan hal-hal khusus, yang terkadang membuat kita tercengang karena isinya. Tapi, keadaan berdua memang kadang menimbulkan prasangka yang bukan-bukan. Malahan syetan pun nimbrung karenanya. Oleh karena itu, sekarang kita mengenal silsilah hadist: shohih, hasan, ghorib, dhoif dan mungkar. Bagaimana pun hadist-hadist yang diriwayatkan sendiri dari keadaan empat mata ini akan menjadi baik selama kita mendapatkan hadist penguat yang diriwayatkan oleh perowi lainnya. Mari kita simak salah satu hadist dari hasil berduaan berikut ini.
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Husain dari Abu Idris Al-Khaulani bahwa Abu Dzarr r.a. bercerita: "Pada suatu hari aku masuk ke dalam masjid dan menjumpai Rasulullah saw. sedang duduk seorang diri; maka aku mendekatinya dan duduk di sampingnya, kemudian terjadilah dialog di antara beliau dan diriku. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, engkau memerintahkan aku untuk sholat?" Beliau (Rasulullah) menjawab: "Sholat adalah sebaik-baik perbuatan, maka perbanyaklah atau sedikitkanlah." Aku bertanya, "Amal apakah yang paling afdhal?" Beliau menjawab:"Beriman kepada Allah dan berjihad fi sabiilih (pada jalan-NYA)." Aku bertanya,"Orang iman yang bagaimanakah yang paling afdhal?" Beliau menjawab: "Ialah yang terbaik akhlaknya." Aku bertanya, "Orang islam yg bagaimanakah yang paling selamat?" Beliau menjawab: "Ialah yg menyelamatkan orang-orang dari gangguan lidahnya dan tangannya."Aku bertanya, "Hijrah yg bagaimanakah yg afdhal, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ialah hijrah/pindah dari (meninggalkan) perbuatan maksiat." Aku bertanya,"Solat yang bagaimanakah yang afdhal, ya Rasulullah?" Beliau menjawab,"Berkhusyu' yang panjang (lama berdiri)." Aku bertanya, "Hamba-hamba sahaya manakah yg paling afdhal utk dimerdekakan?" Beliau menjawab:"Hamba yang paling mahal harganya dan yang paling disayang oleh pemiliknya." Aku bertanya,"Sedekah yg bagaimanakah yg paling afdhal, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Pemberian dari orang yg masih kekurangan (tidak kaya) dan pemberian secara rahsia kepada fakir miskin." Aku bertanya,"Ayat apakah di antara ayat-ayat yang diturunkan kepadamu yang paling besar?" Beliau menjawab:"Ayat Kursi, dan tujuh langit itu jika dibandingkan dengan Kursi, melainkan seperti sebuah cincin (atau lingkaran besi) yg berada di tengah-tengah padang pasir, dan perbandingan Arasy terhadap Kursi adalah perbandingan padang pasir itu terhadap cincin tadi." Aku bertanya,"Berapakah bilangan Nabi-Nabi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Seratus dua puluh empat ribu (124.000)."
Aku bertanya,"Berapakah yang menjadi Rasul di antara mereka, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sebanyak tiga ratus tiga belas (313)." Aku bertanya,"Siapakah yang pertama, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Adam." Aku bertanya,"Apakah dia seorang Nabi yg diutus ?" Beliau menjawab:"Benar, dia diciptakan oleh Allah dengan tanganNYA, ditiupkan ruh ke dalam tubuhnya yang disempurnakan."
Dan selanjutnya Rasulullah bersabda:"Hai Abu Dzarr, empat dari mereka adalah dari golongan Siryaniun, yaitu Adam, Syith, Nuh, dan Idris, yaitu Nabi pertama yang dapat menulis dengan pensil. Dan empat Nabi dari keturunan Arab, yaitu Hud, Syuaib, Saleh, dan Nabimu, hai Abu Dzarr." Abu Dzarr bertanya,"Berapa kitab telah diturunkan Allah, ya Rasulullah?" Rasulullah saw. menjawab:"Seratus empat kitab (104). Kepada Syith telah diturunkan lima puluh halaman, Idris tiga puluh halaman, Ibrahim sepuluh halaman, Musa sebelum Taurat ada sepuluh halaman, di samping kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an." Aku bertanya,"Ya Rasulullah, apakah isi lembaran yg diturunkan kepada Ibrahim?" Beliau menjawab:"Isinya ialah: Hai Raja yg berkuasa, dipuji dan sombong, sesungguhnya AKU tidak mengutusmu untuk mengumpulkan dunia, melonggokkan sebahagian di atas sebahagian, akan tetapi AKU mengutusmu untuk menerima doanya orang yg teraniaya agar tidak sampai kepada-KU, kerana AKU tidak akan mengembalikannya walaupun ia datang dari seorang yg kafir. Seorang yg bijaksana akan membahagi masanya menjadi beberapa waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, beberapa waktu utk bertanya pd dirinya sendiri (muhasabah), beberapa waktu utk merenungkan ciptaan Allah, dan beberapa waktu lagi utk mengurus keperluan makan dan minumnya. Seorang yg bijaksana tidak akan meributkan (menyibukkan) diri melainkan utk tiga tujuan: mencari bekal utk hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yg halal. Seorang yg bijaksana hendaklah mengenal zamannya, tekun mengurus urusannya, dan menjaga lidahnya. Barangsiapa yg menyesuaikan bicaranya dengan perbuatan, maka akan jarang berbicara melainkan dalam hal-hal yg mengenai dirinya." Aku bertanya,"Apakah isi lembaran-lembaran yg diturunkan kepada Musa, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Isinya adalah semua peringatan dan ibarah; aku hairan dari orang yg yakin akan mati bagaimana ia dapat bersuka-ria, aku hairan dari orang yg yakin dgn adanya takdir bagaimana ia membanting tulang bekerja, aku hairan dari org yg melihat keadaan dunia yg selalu berubah bagaimana ia dapat tenang mempercayainya dan aku hairan dari orang yg yakin adanya hari hisab besok, bagaimana ia enggan beramal." Aku bertanya,"Ya Rasulullah, apakah ada yg sampai kpd kita sesuatu yg dulu ada di tangan Ibrahim dan Musa, dan apakah yg diturunkan Allah kepadamu?" Beliau menjawab:"Ada, cobalah baca hai Abu Dzarr, 'Sesungguhnya beruntunglah orang yg membersihkan diri (dengan beriman) dan ia ingat akan nama Tuhannya, lalu ia bersembahyang. Tetapi kamu (orang2 kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.' Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab2 yg dahulu (yaitu) kitab2 Ibrahim dan Musa." Aku bertanya,"Apakah wasiatmu kepadaku, ya Rasulullah?" Rasulullah saw menjawab:"Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, kerana itu (taqwa) adalah pokok segala urusanmu." Aku bertanya lagi,"Apa lagi ya Rasulullah?" Rasulullah saw. menjawab:"Bacalah Al-Qur'an dan berzikirlah (ingatlah) kepada Allah, kerana itu akan menjadi zikir buatmu di langit dan cahaya bagimu di dunia." Aku bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab,"Hindarilah banyak ketawa, kerana itu mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah." Aku bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Laksanakanlah kewajipan berjihad, kerana itu merupakan kerahiban perjuangan bagi umatku." Aku bertanya, "Apa lagi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Hendaklah engkau selalu diam (tidak bercakap) melainkan untuk kebaikan, kerana itu dapat mengusir syaitan dan dapat menolongmu dalam urusan agamamu." Aku bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Lihatlah kepada orang yg di bawahmu dan janganlah melihat orang yg berada di atasmu, agar engkau tidak memandang rendah akan nikmat yg Allah berikan kepadamu." Aku bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah? Beliau menjawab: "Cintailah orang2 fakir miskin dan duduklah bersama-sama mereka, agar engkau tidak memandang rendah dan kecil nikmat Allah kepadamu." Aku bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?" Rasulullah saw. menjawab:"Hubungilah kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungannya dengan engkau." Aku bertanya, "Apa lagi ya Rasulullah?" Jawab Rasululllah:"Katakanlah apa yang haq (yg benar) walaupun itu merupakan hal yg pahit." Aku bertanya,"Apa lagi ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Janganlah engkau takut dicerca orang kerana membela agama Allaah." Aku bertanya,"Apa lagi ya Rasulullah?" Beliau menjawab:"Apa yang engkau ketahui tentang dirimu akan mencegahmu mencampuri urusan orang lain dan janganlah engkau sesalkan bahwa orang tidak melakukan apa yg engkau sukai. Dan cukup sebagai aib bahwa engkau mengetahui tentang orang lain apa yg engkau tidak mengetahui tentang dirimu sendiri." Kemudian Rasulullah saw. memukul dadaku dengan tangannya seraya bersabda: "Tiada akal seperti kebijaksanaan, tiada wara' seperti memahami diri dan tiada kebanggaan seperti akhlak yang baik." (Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 2, Pp. 610-619).
Kalau kita mau jujur, kadang kalau kita berduaan malah menghasilkan lahan (bukan?)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar